Lelaki bakar al-Quran didakwa

LONDON - Seorang lelaki kelahiran Turkiye yang bertindak biadab membakar al-Quran disabit bersalah pada Isnin atas kesalahan gangguan ketenteraman awam yang bermotifkan agama.
Hakim Daerah di Mahkamah Majistret Westminster, John McGarva mendapati tertuduh, Hamit Coskun, 50, berkelakuan tidak senonoh kerana turut melaungkan slogan anti-Islam.
"Perbuatannya didorong oleh sentimen Islamofobia. Tindakannya membakar al-Quran adalah satu bentuk provokasi melampau," ujar McGarva yang turut mengenakan denda 240 pound (RM1,370) dengan caj tambahan berkanun sebanyak 96 pound (RM552).
Insiden di luar Konsulat Turkiye di London pada Februari lalu itu yang menjadi tular di media sosial turut menunjukkan seorang lelaki yang berang cuba menghalang perbuatannya.
Coskun, seorang ateis yang memohon suaka di Britain menerusi catatan di media sosialnya kononnya dia membantah pemerintahan Islam pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

