[VIDEO] 4 lelaki termasuk warga asing mengaku berurusan dengan LPG tanpa lesen

A
A
A

SEREMBAN – Empat lelaki termasuk seorang warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan berurusan dengan barang kawalan berjadual, iaitu 1,200 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen, bulan lalu.

Orang Kena Saman (OKS), Lee Kin Choong, 57; Lim Chun Wee, 38; Tan Kai Lun, 28; dan Mar Thang, 31, yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap seorang lagi OKS, Phaway Ai, 23, yang juga pemegang kad UNHCR, tidak dapat dibacakan kerana tidak memahami Bahasa Melayu.

Mengikut pertuduhan, kesemua OKS didapati memiliki dalam jagaan barang kawalan berjadual, iaitu LPG dengan anggaran berat kasar 1,200 kg.

Keadaan itu menimbulkan syak munasabah bahawa mereka berurusan secara borong LPG tanpa suatu lesen yang sah daripada Pengawal Bekalan, satu kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Kesalahan tersebut dilakukan pada 30 Mei 2025, kira-kira jam 6.45 petang di sebuah premis tanpa nombor di kawasan SR Valley, Jalan Mantin, di Seremban.

Empat lelaki termasuk seorang warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan berurusan dengan barang kawalan berjadual, iaitu 1,200 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen, bulan lalu.
Empat lelaki termasuk seorang warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan berurusan dengan barang kawalan berjadual, iaitu 1,200 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen, bulan lalu.

Sehubungan itu, OKS didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, denda maksimum ialah RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Tiga OKS warganegara yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan rendah atas alasan telah berkahwin dan menanggung keluarga.

Mar Thang yang juga sudah berkahwin memohon dibenarkan jaminan serta memaklumkan beliau tidak tahu tempat kerjanya tidak mempunyai lesen.

Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Janawatul Fieza Hamisan, menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap OKS dengan seorang penjamin warganegara.

Kesemua OKS dibawa pegawai KPDN ke mahkamah
Kesemua OKS dibawa pegawai KPDN ke mahkamah

Beliau turut memohon tarikh bagi pembacaan fakta dan hukuman terhadap empat tertuduh serta memohon jurubahasa bahasa Myanmar untuk pertuduhan ke atas OKS kelima.

“Bagi OKS warga asing, pihak pendakwaan memohon agar mereka ditahan sehingga kes selesai,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan OKS warganegara dijamin RM6,000 manakala RM8,000 bagi OKS warga asing, dengan syarat pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Selain itu, semua tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat KPDN setiap bulan serta dilarang mengganggu saksi pendakwaan sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga.

Sebutan semula kes untuk hukuman ditetapkan pada 2 Julai manakala sebutan untuk lantikan jurubahasa pada 5 Jun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!