59kg emas cagaran 'lesap' dari bank

59kg emas dilapor hilang dari peti simpanan bank - Gambar hiasan
59kg emas dilapor hilang dari peti simpanan bank - Gambar hiasan
A
A
A

VIJAYAPURA - Emas seberat 59 kilogram (kg) dari cawangan Bank Canara di Mangoli dilapor hilang dari tempat penyimpanan, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Vijayapura, Laxman B Nimbargi berkata, emas tersebut merupakan simpanan seorang individu sebagai cagaran kepada pinjaman kewangan yang dibuatnya dari bank berkenaan.

Menurut Laxman, kejadian disedari oleh kakitangan bank tersebut pada 26 Mei lalu ketika datang ke premis untuk mulakan operasi selepas ditutup dua hari pada hujung minggu.

"Apabila pembantu pejabat kembali untuk membersihkan cawangan, dia menyedari kunci pintu telah dipotong.

"Pihak bank mendapati 59 kg emas cagaran pinjaman daripada pelanggan telah hilang dari peti simpanan," katanya.

Menguls lanjut beliu berkata, pihaknya mengesyaki kecurian berlaku pada malam antara 24 Mei dan 25 Mei.

Beliau menjelaskan, lapan pasukan telah dibentuk untuk menjalankan siasatan selain memberi jaminan akan memberkas suspek dan membawa kes tersebut ke peringkat seterusnya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!