Penuntut Politeknik Metro dilapor hilang sejak 3 Februari

Nur Alya Atiqah
Nur Alya Atiqah
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang penuntut Politeknik Metro, Nur Alya Atiqah Muhamad Fitri, 18, dilaporkan hilang sejak 3 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, Alya Atiqah dilapor hilang pada tengah hari dengan alamat terakhirnya di Politeknik Metro di Jalan Suria 19, Taman Putera di sini.

Jelasnya, hebahan mengenai kehilangan dan maklumat berkaitan remaja berkenaan sudah dibuat dan usaha mengesan giat dilakukan.

Hebahan mengenai kehilangan dan maklumat berkaitan remaja berkenaan.
Hebahan mengenai kehilangan dan maklumat berkaitan remaja berkenaan.

"Anggaran berat remaja berkenaan adalah 45 kilogram, ketinggiannya 150 sentimeter dan berambut hitam ikal paras bahu serta warna kulitnya kuning langsat.

"Remaja berkenaan dilaporkan keluar dari lokasi berkenaan pada jam 11.30 pagi pada 3 Februari lalu manakala laporan polis dilakukan pada hari sama.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan lokasi remaja terbabit boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan 07-2182323," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, maklumat kehilangan remaja perempuan itu tular di media sosial Facebook sejak beberapa hari lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!