Tengku Permaisuri Selangor rasmi Bulan Sambutan Ulang Tahun PJ ke-19

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, berkenan berangkat merasmikan Bulan Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-19. Foto Selangor Royal Office
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, berkenan berangkat merasmikan Bulan Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-19. Foto Selangor Royal Office
A
A
A

PETALING JAYA - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat merasmikan Bulan Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-19 di Kota Damansara di sini.

Keberangkatan tiba baginda disambut Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office, pada majlis berkenaan, baginda turut berkenan melancarkan Tapak Car Boot Sale Kota Damansara @ PJBahagia yang menampilkan pelbagai barangan menarik seperti pakaian terpakai, aksesori wanita, figura permainan dan barangan unik lain.

Keberangkatan tiba baginda disambut Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon. Foto Selangor Royal Office

"Inisiatif Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap kelestarian alam sekitar di samping menggalakkan aktiviti komuniti yang mampan menerusi konsep jualan secara Car Boot Sale.

"Menambahkan kemeriahan, DYMM Tengku Permaisuri Selangor turut mengambil bahagian dalam program ‘booth preloved items’, jualan koleksi peribadi baginda yang hasilnya akan disalurkan kepada aktiviti amal," menurut Selangor Royal Office dalam kenyataan di Facebooknya itu pada Isnin.

Baginda turut berkenan menyertai aktiviti membuat Eco Bricks menggunakan plastik sekali guna, sebagai simbolik usaha mendidik masyarakat mengenai kepentingan pengasingan sisa plastik dan penjagaan alam sekitar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!