Ketua parti ACT ambil alih jawatan TPM baharu New Zealand

David Seymour
David Seymour
A
A
A

WELLINGTON - Kerajaan New Zealand menandakan pertengahan penggal pentadbirannya dengan perubahan jawatan timbalan perdana menteri apabila Ketua Parti ACT, David Seymour, secara rasmi menggantikan pemimpin New Zealand First, Winston Peters, yang memegang jawatan itu pada Sabtu, lapor Xinhua.

Pertukaran jawatan itu merupakan sebahagian daripada perjanjian kerajaan campuran yang dimeterai selepas Pilihan Raya Umum 2023, dan disempurnakan di kediaman Gabenor Jeneral di Auckland.

Perdana Menteri Christopher Luxon sebelum ini menyifatkan jawatan itu sebagai lebih bersifat kepada istiadat, namun kenyataan itu disanggah oleh Seymour dan Peters, menurut laporan Radio New Zealand (RNZ).

Menurut RNZ, Seymour berkata pelantikannya tidak akan mengubah gaya terus-terangnya, malah tanggungjawapnya dalam bidang peraturan, pendidikan, kewangan dan kesihatan kekal tidak berubah.

Peters pula, yang kini tidak lagi memegang jawatan rasmi, menumpukan perhatian kepada persiapan menghadapi pilihan raya akan datang, lapor RNZ. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!