Perdana Menteri Sudan terselamat cubaan bunuh

Kenderaan dinaiki Perdana Menteri Sudan menjadi sasaran serangan bom ketika dalam perjalanan ke pejabatnya hari ini.
Kenderaan dinaiki Perdana Menteri Sudan menjadi sasaran serangan bom ketika dalam perjalanan ke pejabatnya hari ini.
A
A
A

KHARTOUM - Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok terselamat daripada cubaan bunuh di ibu negara, menurut pembantu kanannya hari ini.

“Satu letupan berlaku menyasarkan kereta dinaikinya. Syukur tiada yang cedera,” kata pengarah pejabatnya, Ali Bakhit.

Stesen TV tempatan memaparkan kira-kira dua kenderaan musnah dalam kejadian serangan pada jam 9 pagi (waktu tempatan) di daerah Kober, timur laut Khartoum.

Penyerang tidak dikenali itu muncul di pintu masuk jambatan Kober ketika Hamdok dalam perjalanan menuju ke pejabatnya," lapor media tempatan.

Sementara itu, Kabinet memaklumkan beberapa das tembakan turut dilepaskan ke arah konvoi tersebut.

Hamdok, 64, menerusi Twitter mengesahkan beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dan turut berkongsi dua gambar terbarunya.

"Saya mahu memberi jaminan kepada penduduk Sudan bahawa saya selamat dan berada dalam keadaan baik," ujarnya. - AFP

Artikel Berkaitan: