FAMA Pahang teruskan intervensi bekalan kelapa sempena Aidiladha

FAMA Pahang meneruskan intervensi bagi membantu memudahkan pengguna mendapatkan bekalan kelapa sempena sambutan hari raya Aidiladha kali ini.Foto FB FAMA PAHANG
FAMA Pahang meneruskan intervensi bagi membantu memudahkan pengguna mendapatkan bekalan kelapa sempena sambutan hari raya Aidiladha kali ini.Foto FB FAMA PAHANG
A
A
A

KUANTAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang meneruskan langkah intervensi bagi memastikan bekalan kelapa mencukupi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini.

Pengarahnya, Rashiha Mamat berkata, permintaan terhadap kelapa, khususnya untuk dijadikan santan, meningkat setiap kali musim perayaan dan memerlukan tindakan penyelarasan bekalan secara proaktif.

“Bekalan kelapa boleh diperoleh terus dari pusat operasi FAMA yang ditetapkan, iaitu di Pusat Operasi FAMA Kuantan dan Jerantut,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Menurut beliau, pengguna yang ingin mendapatkan bekalan kelapa dinasihatkan untuk membuat tempahan awal dengan menghubungi terus pusat operasi berkenaan.

“Tempahan boleh dibuat melalui talian Pusat Operasi FAMA Kuantan (013-2224062) dan Pusat Operasi FAMA Jerantut (019-2417276). Harga yang ditawarkan ialah RM2.20 sekilogram secara borong,” ujarnya.

Rashiha memaklumkan bahawa semua outlet FAMA di negeri ini masih beroperasi seperti biasa dan hanya akan ditutup pada 7 dan 8 Jun sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Bagi masyarakat di kawasan Taman Impian, Pasar Tani Taman Impian akan dibuka seperti biasa pada 6 Jun, dan akan turut menampilkan Jualan Agro Madani,” katanya.

Tambah beliau, pengguna boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan persiapan perayaan di pasar tani berkenaan dengan penjimatan harga sehingga 30 peratus.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!