Tidak bincang kekosongan menteri - Anthony

Anthony
Anthony
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan ada pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata, pertemuan yang berlangsung jam 2 petang itu tidak menyentuh mengenai kekosongan dua jawatan menteri yang ditinggalkan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Ya. Ada perjumpaan dengan Perdana Menteri tadi, pada pukul 2 tadi.

"Saya tidak dimaklumkan ada perubahan Menteri. Dia (Anwar) kata Menteri pengangkutan kekal," katanya sambil berseloroh.

Beliau berkata demikian di sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan di sini pada Khamis.

Terdahulu Anwar menjelaskan tiada sebarang rombakan Kabinet akan dilakukan dalam masa terdekat berikutan Menteri Ekonomi, Rafizi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi masing-masing berada dalam tempoh bercuti.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan meletak jawatan sebagai menteri berkuat kuasa 17 Jun ini.

Nik Nazmi yang merupakan Ahli Parlimen Setiawangsa turut mengambil langkah sama berkuat kuasa 4 Julai depan.

Keputusan berkenaan susulan kegagalan mereka mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden pada pemilihan PKR 2025-2028 baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!