Wan Rosdy tunaikan haji 30 Mei ini

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan menunaikan ibadah haji bersama ahli keluarganya pada 30 Mei ini.
Dalam satu kenyataan ringkas di Facebook, beliau melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang menjadi tetamu ALLAH ke Tanah Suci tahun ini.
“Alhamdulillah, dengan izin ALLAH SWT, saya bersama keluarga akan ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji pada 30 Mei 2025,” katanya pada Rabu.
Wan Rosdy turut memohon kemaafan daripada rakyat atas sebarang kesilapan atau kekhilafan yang pernah dilakukan, sama ada secara sengaja mahupun tidak.
“Dengan rendah hati, saya juga memohon doa daripada semua agar perjalanan ibadah kami dipermudahkan, dikurniakan kesihatan, keselamatan serta mendapat haji yang mabrur.
“Semoga ALLAH SWT merahmati dan memberkati kehidupan kita semua. Aamin Ya Rabbal Alamin,” katanya lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

