Pemilihan pucuk pimpinan tertinggi PKR pada 24 Mei ini - Fuziah

Kenyataan media Fuziah (gambar kecil) mengenai pemilihan PKR.
Kenyataan media Fuziah (gambar kecil) mengenai pemilihan PKR.
A
A
A

SHAH ALAM - Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Ahad memutuskan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti itu termasuk sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi sesi 2025-2028 akan diadakan pada 24 Mei ini.

Setiausaha Agungnya, Dr Fuziah Salleh berkata, mesyuarat berkenaan juga bersetuju bahawa pencalonan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita dan AMK Cabang pula akan diadakan dari 14 hingga 16 Mac depan.

"Pemilihan AJK, Wanita dan AMK peringkat cabang akan diadakan dari 11 hingga 20 April ini.

"Pencalonan jawatan Majlis Pimpinan Pusat, Wanita Pusat, dan AMK Pusat akan berlangsung dari 3 hingga 4 Mei ini," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, dalam mesyuarat berkenaan, MPP juga diberi taklimat mengenai proses pemutihan keanggotaan PKR yang sedang berjalan.

Tambahnya, MPP turut dimaklumkan berkenaan proses pengesahan keanggotaan dan pendaftaran mengundi sedang dilaksanakan untuk pemilihan 2025.

Katanya, sistem pembayaran bagi yuran keanggotaan akan dimulakan pada 1 Februari dan berakhir pada 16 Mac 2025 serta bakal diuruskan oleh Pejabat Setiausaha Agung PKR.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!