Remaja maut gara-gara ikut trend 'rempuhan ragbi'

Run it straight disifatkan sebagai sukan rempuhan baharu paling ganas di dunia yang mana dua pemain merempuh antara satu sama lain pada jarak 20 meter. - Foto Agensi
Run it straight disifatkan sebagai sukan rempuhan baharu paling ganas di dunia yang mana dua pemain merempuh antara satu sama lain pada jarak 20 meter. - Foto Agensi
A
A
A

SYDNEY – Seorang remaja menemui ajal selepas melakukan aksi 'rempuhan ragbi' yang menjadi trend di media sosial.

Cabaran 'run it straight' itu dikatakan semakin popular di New Zealand dan Australia malah acara tersebut turut dipertandingkan serta menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan.

Mangsa berusia 19 tahun di North Island itu meninggal dunia selepas bermain permainan ganas itu dengan rakannya pada akhir minggu lalu.

"Dia mengalami kecederaan pada kepala yang serius dan disahkan meninggal dunia pada malam Isnin. Kami menggesa semua orang yang terjebak trend ini supaya memikirkan keselamatan dan risiko kecederaan," ujar jurucakap polis, Ross Grantham.

Run it straight disifatkan sebagai sukan rempuhan baharu paling ganas di dunia yang mana dua pemain merempuh antara satu sama lain pada jarak 20 meter. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!