Remaja maut, motosikal rempuh kereta di lorong kecemasan

Remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 11.1 Permas menghala Pasir Gudang dalam kejadian awal pagi pada Isnin.
Remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 11.1 Permas menghala Pasir Gudang dalam kejadian awal pagi pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 11.1 Permas menghala Pasir Gudang dalam kejadian awal pagi pada Isnin.

Mangsa berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, sebelum kejadian itu, pemandu kereta jenis Nissan Almera berusia 27 tahun berhenti untuk memberikan bantuan kepada dua penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di lorong kecemasan.

"Selepas memberhentikan kereta dan pemandu telah menghidupkan lampu kecemasan sebelum keluar menghulurkan bantuan, namun selepas itu motosikal jenis Modenas Dinamik yang ditunggang mangsa melanggar di bahagian belakang kereta tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pihak polis menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi peraturan atau undang-undang jalan raya dan kod lalu lintas. Kurangkan kelajuan dan jaga jarak selamat antara kenderaan.

"Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!