Latihan persembahan tarian tradisional

A
A
A
Murid-murid dari kumpulan tarian Seri Baiduri giat melakukan latihan tarian sebagai persediaan menghadapi persembahan yang dijadual berlangsung di Paris, Perancis pada Oktober ini.

Latihan tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Rembau, baru-baru ini, sebagai usaha memperkasakan keyakinan serta pendedahan awal kepada pentas antarabangsa.

Seramai 10 murid SK Taman Seri Rembau bakal melakar sejarah tersendiri apabila akan menyertai The 35th International Competition and Festival of Folklore Dance and Music 'Etoiles de Paris' di Paris, Perancis pada 22 hingga 31 Oktober ini.

Kumpulan tarian Seri Baiduri itu terdiri daripada lima pelajar lelaki dan lima perempuan memilih persembahan tarian inang menggunakan lagu rakyat yang dibimbing oleh guru Bahasa Inggeris, Mohd 'Ainuddin Mohd Ramlan merangkap guru tari di sekolah berkenaan.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!