'Man-Tee' mara ke final Malaysia Masters

Wei Chong (kiri) dan Kai Wun mara ke pentas final Malaysia Masters selepas menewaskan pasangan Jepun di Bukit Jalil pada Sabtu. Foto Bernama.
Wei Chong (kiri) dan Kai Wun mara ke pentas final Malaysia Masters selepas menewaskan pasangan Jepun di Bukit Jalil pada Sabtu. Foto Bernama.
A
A
A

GEGAK-GEMPITA para penyokong mengiringi kejayaan Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pentas final Malaysia Masters 2025 di Bukit Jalil sebentar tadi.

Kejayaan beregu lelaki negara itu diraih selepas menundukkan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi secara straigt set dalam aksi separuh akhir di Axiata Arena.

Pasangan negara yang berstatus kelapan dunia itu bermula garang apabila menang 21-12 pada set pertama ke atas pasangan Jepun tersebut.

Menjengah permainan kedua, mereka yang mesra disapa 'Man-Tee' meneruskan momentum positif apabila mengesahkan kemenangan 21-14 dalam masa 31 minit.

Menerusi keputusan tersebut menyaksikan juara Indonesia Masters Januari lalu itu merapatkan jurang kemenangan kepada 1-2 ke atas Hoki-Kobayashi.

Di pentas akhir pada Ahad, mereka bakal berdepan pemenang antara rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang akan turun beraksi sebentar lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!