Covid-19: Enam kes baharu direkodkan, 99 kes keseluruhan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jumlah mangsa yang positif koronavirus (Covid-19) di Malaysia hari ini meningkat kepada 99 kes dengan penambahan enam kes baharu direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes itu telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya.

Menurutnya, kesemua kes baharu yang dilaporkan pada hari ini terdiri daripada kontak-kontak rapat kluster kes ke-26.

"Daripada jumlah ini, sebanyak 18 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan Covid-19, 79 kes dari kalangan kontak rapat dan dua lagi kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan.

"Daripada jumlah itu juga, sebanyak dua kes telah dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan

Rapi. Kes-kes ini juga telah diberikan rawatan antiviral.

"Untuk makluman semua, kes-kes bagi gelombang kedua yang dilaporkan ini (bermula kes ke-23 sehingga kes ke-99), hanya lima kes sahaja yang dilaporkan dari kalangan PUI dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Manakala kes-kes lain pula melibatkan kluster yang terdiri daripada kontak-kontak rapat dan mempunyai kaitan antara sama lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, kes ke-41 yang disahkan positif Covid-19 sebelum ini telah pulih dan dibenarkan discaj dari wad Hospital Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Katanya, secara keseluruhan 24 kes telah pulih sepenuhnya dan discaj daripada direkodkan KKM setakat ini.