Bencana alam bertimpa-timpa landa Sukabumi

Sebuah ruma rosak akibat ditimpa pokok tumbang dalam kejadian puting beliung di Sukabumi, semalam.
Sebuah ruma rosak akibat ditimpa pokok tumbang dalam kejadian puting beliung di Sukabumi, semalam.
A
A
A

BANDUNG - INDONESIA. Kehidupan penduduk di wilayah Sukabumi di Jawa Barat terjejas dengan cuaca buruk sejak Jumaat lalu.

Kejadian hujan ais dan angin kencang serta puting beliung dilapor melanda beberapa daerah sehinggan menyebabkan lebih 100 rumah rosak serta puluhan pokok tumbang.

Data sementara dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) semalam menyebut Ciambar, Nagrak dan Jampang Tengah antara tiga daerah yang terjejas teruk.

"Semalam sahaja kita mendapat laporan bahawa 89 unit rumah rosak akibat puting beliung," kata Ketua Unit Kecemasan Sukabumi, Eka Widiaman.

Terdahulu pada Jumaat, kejadian hujan ais dan angin kencang melanda daerah Bojonggenteng, Parakansalak, Kalapanunggal, Cikidang dan Cibadak menyebabkan sebanyak 71 unit rumah rosak.

"Kebanyakan rumah rosak pada bahagian bumbung, sama ada ia dibawa angin atau ditimpa pokok tumbang," katanya.

Tambah Eka, jumlah sebenar mangsa yang cedera atau ditempatkan ke kem pemindahan sementara masih belum diketahui.

Pada 31 Disember lalu, kejadian tanah runtuh menyebabkan 30 kediaman tertimbus di Sukabumi.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu meragut nyawa sekurang-kurangnya 32 nyawa. - Agensi