Hujan lebat dan ribut petir

A
A
A

Pengguna jalan raya meredah hujan yang melanda sejak tengah malam tadi ketika tinjauan di Jalan Pohon Batu hari ini.

Negara ketika ini masih lagi berada dalam cuaca panas dan dijangka akan berlanjutan dalam tempoh yang agak panjang iaitu sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun, namun beberapa siri hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman sesawang hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri Selangor (Kuala Langat), Johor (Batu Pahat dan Pontian), Sabah bahagian Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas) dan Labuan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia.