Angin kencang dijangka landa utara Malaysia - MetMalaysia

MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang di negeri-negeri utara.
MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang di negeri-negeri utara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Negeri-negeri di utara Semenanjung termasuk kawasan perairan negeri tersebut dijangka mengalami angin baratan yang bertiup kencang di kawasan itu, sehingga 5 Julai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 9 pagi tadi memaklumkan, keadaan tersebut berpotensi menghasilkan ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang, di negeri-negeri berkenaan.

"Sementara itu, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang juga boleh berlaku di Kelantan dan Terengganu, pada sebelah petang hingga ke awal malam,” menurut kenyataan itu.

MET Malaysia juga telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa sehingga 5 Julai.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca, bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih. - Bernama.