APM berjaya tangkap anak buaya terlilit tali

Anak buaya yang berjaya yang ditangkap di perkampungan atas air di Jambatan 2, Kampung Tinusa, Batu 7, Sandakan.
Anak buaya yang berjaya yang ditangkap di perkampungan atas air di Jambatan 2, Kampung Tinusa, Batu 7, Sandakan.
A
A
A

SANDAKAN – Seekor anak buaya berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di kawasan perkampungan atas air di Jambatan 2, Kampung Tinusa, Batu 7, di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, buaya berukuran 1.5 meter dengan berat 16 kilogram dikesan oleh penduduk kampung sebelum mereka menghubungi pasukan keselamatan untuk tindakan lanjut.

Pegawai APM Sandakan, Kapten (PA) Sulaiman Salama, berkata sepasukan anggota telah dihantar ke lokasi yang terletak sejauh 5.6 kilometer untuk menjalankan operasi menangkap anak buaya tersebut.

"Menurut pengadu, ketika sedang mengemas botnya di belakang rumah, dia terlihat seekor buaya berada di bawah jambatan luar rumahnya dalam keadaan terlilit tali.

Pasukan APM berjaya menangkap anak buaya di perkampungan atas air di Jambatan 2, Kampung Tinusa, Batu 7, Sandakan.
Pasukan APM berjaya menangkap anak buaya di perkampungan atas air di Jambatan 2, Kampung Tinusa, Batu 7, Sandakan.

"Bimbang akan keselamatan diri dan penduduk kampung, pengadu segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Susulan itu, Sulaiman berkata operasi menangkap haiwan reptilia berkenaan dijalankan dengan menggunakan peralatan khas.

Artikel Berkaitan:

"Pasukan menggunakan penjerut dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menangkap buaya tersebut. Sebaik sahaja berjaya ditangkap, anggota terus menutup matanya menggunakan selimut dan seterusnya mengikat haiwan itu.

"Haiwan tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 2.16 pagi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!