Kapal persiaran dilarang berlabuh di Pulau Pinang

Dianggarkan seramai sejuta pelancong yang datang ke negeri ini melalui pintu masuk Swettenham Pier Cruise Terminal sepanjang tahun lalu.
Dianggarkan seramai sejuta pelancong yang datang ke negeri ini melalui pintu masuk Swettenham Pier Cruise Terminal sepanjang tahun lalu.
A
A
A

GEORGETOWN - Semua kapal persiaran tidak dibenarkan memasuki had Pelabuhan Pulau Pinang berkuat kuasa semalam.

Dalam satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, arahan itu selaras dengan larangan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pengangkutan berikutan penularan jangkitan koronavirus (Covid-19) di negara ini.

"Adalah dimaklumkan bahawa semua kapal persiaran tidak dibenarkan memasuki pelabuhan-pelabuhan Malaysia untuk sementara bermula hari ini sehingga dimaklumkan kelak.

"Selaras dengan arahan KKM tersebut, semua kapal persiaran adalah tidak dibenarkan memasuki had Pelabuhan Pulau Pinang berkuat kuasa hari ini sehingga dimaklumkan kelak," katanya.

Difahamkan, Pelabuhan Pulau Pinang menerima lebih daripada 100 persinggahan kapal persiaran antarabangsa dalam tempoh setahun.

Dianggarkan seramai sejuta pelancong yang datang ke negeri ini melalui pintu masuk Swettenham Pier Cruise Terminal di sini sepanjang tahun lalu.

Artikel Berkaitan: