Imam masjid ditemui lemas selepas 10 jam

Seorang imam dari Pontian, Al Hafiz Yunus 45 (gambar kecil), yang terjatuh dari bot pada awal pagi Selasa ditemukan lemas selepas lebih 10 jam operasi mencari dan menyelamat di perairan Jeti Kampung Semaloi.
Seorang imam dari Pontian, Al Hafiz Yunus 45 (gambar kecil), yang terjatuh dari bot pada awal pagi Selasa ditemukan lemas selepas lebih 10 jam operasi mencari dan menyelamat di perairan Jeti Kampung Semaloi.
A
A
A

MERSING – [DIKEMAS KINI] Seorang imam dari Pontian yang terjatuh dari bot pada awal pagi Selasa ditemukan lemas selepas lebih 10 jam operasi mencari dan menyelamat di perairan Jeti Kampung Semaloi, di sini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, PBK II Mohd Supian Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.25 pagi sebelum sepasukan anggota dari BBP Endau dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) sekitar jam 2.30 pagi, didapati benar terdapat seorang lelaki terjatuh dari bot berhampiran jeti.

“Pencarian awal dilakukan menggunakan kaedah ‘surface searching’ dalam radius sekitar 100 meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh, namun terpaksa ditangguhkan pada jam 3.30 pagi atas faktor keselamatan dan keadaan gelap,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mayat mangsa yang ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi dilaporkan jatuh.
Mayat mangsa yang ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi dilaporkan jatuh.

Beliau memaklumkan operasi disambung semula sekitar jam 8 pagi menggunakan dua bot milik bomba bersama bantuan 10 anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Mersing dan Skudai.

Menurutnya, pencarian dilakukan menggunakan teknik ‘windshield wiper searching’ dan ‘surface searching’ sebelum mangsa berjaya ditemukan pada jam 12 tengah hari oleh anggota PPDA.

"Mangsa, Mohd Al-Hafitz Md Yunos, 45, ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan lebih 10 jam oleh pelbagai agensi penyelamat.

Artikel Berkaitan:

“Mayat mangsa dibawa naik ke darat pada jam 12.15 tengah hari dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, seramai 20 anggota bomba terlibat dalam operasi termasuk 10 anggota dari BBP Endau serta 10 anggota PPDA.

Ujar Mohd Supian, operasi turut mendapat bantuan daripada sembilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), 12 kakitangan Pejabat Agama serta 51 orang awam.

Katanya, turut digunakan dalam operasi ialah pelbagai aset logistik termasuk dua bot penyelamat, lori, kenderaan utiliti ringan, unit EMRS serta bot fiber milik orang awam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!