Dua beradik terjatuh dalam tali air ditemukan lemas

Dua beradik ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kubang Telaga, Bachok pada Isnin. FOTO: JBPM
Dua beradik ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kubang Telaga, Bachok pada Isnin. FOTO: JBPM
A
A
A

BACHOK - Dua beradik ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kubang Telaga di sini pada Isnin.

Kejadian sekitar jam 6.30 petang itu berlaku semasa Muhamad Amirul Mukminin Zehan, 17, mahu menyelamatkan adiknya, Muhammad Asadullah, 11, yang terjatuh ke dalam tali air tersebut.

Bagaimanapun, mayat Muhamad Amirul Mukminin telah ditemukan oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan pada jam 8.25 malam Isnin.

Seramai 19 anggota bersama sebuah jentera, tiga trak pikap dan sebuah bot telah ke lokasi. FOTO: JBPM
Seramai 19 anggota bersama sebuah jentera, tiga trak pikap dan sebuah bot telah ke lokasi. FOTO: JBPM

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zamizi Muhamad berkata, mayat Muhammad Asadullah telah ditemukan pada jam 9.29 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) kembali disambung pada Selasa.

Kejadian sekitar jam 6.30 petang itu berlaku semasa Muhamad Amirul Mukminin Zehan, 17, mahu menyelamatkan adiknya, Muhammad Asadullah, 11, yang terjatuh ke dalam tali air tersebut. FOTO: JBPM
Kejadian sekitar jam 6.30 petang itu berlaku semasa Muhamad Amirul Mukminin Zehan, 17, mahu menyelamatkan adiknya, Muhammad Asadullah, 11, yang terjatuh ke dalam tali air tersebut. FOTO: JBPM

"Mayat mangsa telah ditemukan pada jarak enam meter daripada tempat dia dikatakan terjatuh.

"Terdahulu, SAR telah dimulakan pada jam 8 pagi dengan menggunakan kaedah carian di permukaan," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, seramai 19 anggota bersama sebuah jentera, tiga trak pikap dan sebuah bot telah ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, mayat Muhamad Amirul Mukminin telah ditemukan oleh anggota Pasukan Penyelamat Di air (PPA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan pada jam 8.25 malam, Isnin. FOTO: JBPM
Bagaimanapun, mayat Muhamad Amirul Mukminin telah ditemukan oleh anggota Pasukan Penyelamat Di air (PPA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan pada jam 8.25 malam, Isnin. FOTO: JBPM

Ujarnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Media sebelum itu melaporkan, seorang remaja lelaki lemas manakala adiknya masih hilang selepas terjatuh di tali air Kampung Kubang Telaga di sini.

Mayat mangsa telah ditemukan pada jarak enam meter daripada tempat dia dikatakan terjatuh. FOTO: JBPM
Mayat mangsa telah ditemukan pada jarak enam meter daripada tempat dia dikatakan terjatuh. FOTO: JBPM

Difahamkan kejadian itu berlaku semasa Amirul Mukminin mahu menyelamatkan adiknya Muhammad Asadullah yang terjatuh ke dalam tali air tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!