Bom mortar dijumpai berhampiran rumah penduduk

KUALA KANGSAR - Sebutir bom mortar berkarat ditemukan di kawasan semak berhampiran rumah penduduk di Kampung Kandang Hilir di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, maklumat penemuan bahan letupan itu diterima pada pukul 7.02 petang.
Menurut beliau, pengadu telah menunjukkan lokasi bom yang terletak kira-kira 30 meter dari rumahnya.
"Lokasi bom telah ditutup bagi tujuan keselamatan. Cawangan Persenjataan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar dibantu Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah hadir bagi tindakan lanjut.
"Hasil siasatan mendapati bom jenis 60mm (inert) itu tidak mengandungi bahan letupan dan selamat dipindahkan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Heisham berkata, objek tersebut telah dibawa ke Pengkalan Unit Pemusnah Bom untuk tindakan lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!