LIMA’25: Kementerian Pertahanan teliti dakwaan kerosakan rumah penduduk

Mohamed Khaled ketika sidang media selepas meninjau persediaan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25) pada Isnin. Foto Bernama
Mohamed Khaled ketika sidang media selepas meninjau persediaan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25) pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

LANGKAWI - Kementerian Pertahanan akan meneliti dakwaan latihan pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) di sini semalam, mengakibatkan tingkap rumah penduduk kampung rosak seperti yang tular di media sosial.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya mengambil maklum dan tidak akan mengabaikan dakwaan itu.

"Kita akan tengok dan tidak akan abaikan soal itu. Kita akan kaji perkara tersebut. Ada masanya memang akan ada pertunjukan dan sebagainya yang mungkin menyebabkan kesan sedikit,” katanya ringkas pada sidang media selepas meninjau persiapan terakhir LIMA’25 di sini pada Isnin.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 56 saat menunjukkan kerosakan cermin tingkap di beberapa rumah penduduk sekitar kawasan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!