Beruang ceroboh rumah penduduk, pecah barang cari makanan ditangkap

PEKAN – Seekor beruang matahari yang menceroboh masuk dan merosakkan barang dalam sebuah rumah penduduk di Taman Tanah Putih di sini berjaya ditangkap pada Sabtu.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pekan, Kapten Pertahanan Awam (PA) Ahmad Azmi Nafiah berkata, beruang jantan dianggarkan seberat 60 kilogram itu dipercayai haiwan peliharaan yang terlepas.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, haiwan tersebut memasuki rumah penduduk pada jam 4.30 pagi, dipercayai untuk mencari makanan.
“APM Pekan menerima panggilan pada jam 8.36 pagi berhubung kehadiran haiwan tersebut sebelum lima anggota ke lokasi dan mendapati ia berada di hadapan sebuah rumah dalam pembinaan.

“Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang tiba di lokasi kemudian bertindak menembak ubat pelali bagi menangkap haiwan itu,” katanya.
Ahmad Azmi berkata, beruang tersebut berjaya ditangkap pada jam 9.45 pagi sebelum dibawa oleh pihak Perhilitan untuk tindakan lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!