Harap Syukur tidak alpa: Pengetua

Zah Mohamad
Zah Mohamad
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Populariti yang diraih Muhammad Syukur Khamis, 14 diharap tidak menjadikan remaja itu alpa dan leka.

Itu harapan disuarakan Pengetua Sekolah Menengah (SMK) Padang Midin, Zah Mohamad ketika ditemui selepas majlis Anugerah Pelajar Unggul kepada Muhammad Syukur, hari ini.

Zah berkata, beliau menaruh keyakinan Muhammad Syukur akan beroleh kejayaan dalam bidang yang diceburi selepas ini.

"Syukur sekarang terkenal dan menjadi tular di seluruh dunia. Saya harap agar beliau tidak leka atau alpa dengan apa yang dimiliki sekarang.

"Walaupun Syukur merupakan pelajar yang sederhana, kita yakin, berkat usaha dan sokongan semua, beliau akan menjadi seorang yang hebat," katanya.

Beliau berkata, apa yang dicapai pelajar itu membuktikan proses kemenjadian murid mencapai matlamat.

"Ini akan menjadi contoh yang baik kepada pelajar lain kerana ini adalah proses kemenjadian murid yang sangat unik dan begitu istimewa.

"Sykur berjaya menarik perhatian seluruh dunia malah dia boleh kawal emosi haiwan ternakan.

Artikel Berkaitan:

"Ini adalah anugerah istimewa yang dikurniakan ALLAH SWT kepadanya," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN:'Syukor anugerah ALLAH SWT']

[ARTIKEL BERKAITAN: Syukur terima Anugerah Pelajar Unggul]