Syukur terima Anugerah Pelajar Unggul

Muhammad Syukur (tengah) menerima Anugerah Pelajar Unggul dan diraikan sempena Majlis Pelancaran Guru Penyayang SMK Padang Midin, hari ini.
Muhammad Syukur (tengah) menerima Anugerah Pelajar Unggul dan diraikan sempena Majlis Pelancaran Guru Penyayang SMK Padang Midin, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sikap penyayang dan keberanian Muhammad Syukur Khamis, 14 terus mendapat perhatian ramai pihak.

Selain menjadi idola kepada rakan-rakan dan warga sekolah, beliau turut menerima anugerah istimewa yang disampaikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.

Hari ini, remaja itu menerima Anugerah Pelajar Unggul peringkat daerah yang disampaikan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong.

Muhammad Syukur diraikan sempena Majlis Pelancaran Guru Penyayang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin yang diadakan jam 2.30 petang tadi.

Muhammad Syukur berkata, beliau tidak pernah terlintas untuk dihargai dalam sebuah majlis yang penuh istimewa .

"Saya sama sekali tak sangka selama ini saya ingatkan hanya ambil gambar untuk suka-suka sahaja.

"Tak sangka dapat perhatian ramai sehingga pihak sekolah adakan majlis penghargaan ini," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Syukur merakam penghargaan kepada semua guru yang telah mendidiknya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Jelani berkata, Muhammad Syukur memiliki semua kriteria, love, respect, happiness dan humanity yang ada pada diri seorang pelajar.

"Kesemua kriteria dan contoh terbaik yang sering disebut oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik ada pada diri Syukur.

"Walaupun dia bukan dalam kalangan pelajar yang di kelas hadapan, dia boleh menyesuaikan keadaan diri dan menghormati guru-guru di SMK Padang Midin," katanya.