Lelaki rentung terperangkap dalam rumah terbakar

Mangsa berusia 61 tahun ditemui rentung di bahagian dapur dalam kebakaran rumah di Ipoh pada Ahad. Foto ihsan Bomba Perak
Mangsa berusia 61 tahun ditemui rentung di bahagian dapur dalam kebakaran rumah di Ipoh pada Ahad. Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Tebing Tinggi 2, Jalan Bendahara di sini pada awal pagi Ahad.

Difahamkan, mangsa berusia 61 tahun yang tinggal bersama ibunya dipercayai terperangkap dan gagal menyelamatkan diri.

Dalam kebakaran yang melibatkan rumah dua tingkat itu, seorang wanita berusia 83 tahun berjaya diselamatkan oleh jiran berhampiran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 2.35 pagi.

"Setibanya di lokasi, pasukan membuat penilaian risiko dan seterusnya melaksanakan operasi pemadaman. Api berjaya dikawal kira-kira 30 minit kemudian.

"Pemeriksaan mendapati rumah jenis kelas B itu musnah terbakar 90 peratus dan mangsa ditemukan di bahagian dapur," katanya di sini.

Sayani berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.44 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!