Pemuda edar dadah ditahan, rampasan lebih RM1.6 juta

Shahrulanuar Mushaddat (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan berkenaan.
Shahrulanuar Mushaddat (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan berkenaan.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak April lalu berjaya diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Mulia, di sini, 7 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, serbuan kira-kira jam 7.45 malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Batu Pahat itu turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM1.6 juta.

“Suspek ditahan bersama sejumlah rampasan dadah dianggarkan bernilai RM1,609,500. Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tiada sebarang kes lampau direkodkan.

"Siasatan awal mendapati suspek menjalankan kegiatan secara bersendirian dengan menjadikan rumah berkenaan sebagai stor simpanan dan tempat pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Antara rampasan yang dibuat ialah serbuk disyaki dadah jenis ekstasi melebihi sembilan kilogram dianggarkan bernilai RM1,586,500 dan bahan disyaki ketamin seberat 460 gram bernilai kira-kira RM23,000.
Antara rampasan yang dibuat ialah serbuk disyaki dadah jenis ekstasi melebihi sembilan kilogram dianggarkan bernilai RM1,586,500 dan bahan disyaki ketamin seberat 460 gram bernilai kira-kira RM23,000.

Tambah beliau, antara rampasan yang dibuat ialah serbuk disyaki dadah jenis ekstasi melebihi sembilan kilogram dianggarkan bernilai RM1,586,500 dan bahan disyaki ketamin seberat 460 gram bernilai kira-kira RM23,000.

Ujarnya, keseluruhan rampasan dadah berkenaan dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 47,000 orang penagih.

Pada masa sama, pihak polis turut menyita sebuah kereta dianggarkan bernilai RM40,000 dan wang tunai RM5,000 menjadikan jumlah keseluruhan sitaan sebanyak RM45,000.

Artikel Berkaitan:

“Secara keseluruhan, nilai anggaran rampasan dadah dan sitaan dalam serbuan ini berjumlah RM1,654,500.

"Suspek direman selama 12 hari bermula 8 hingga 19 Mei lalu untuk siasatan lanjut dan telah dituduh di Mahkamah Batu Pahat pada 16 Mei mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan sebatan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!