Pertumbuhan kredit meningkat 5.5 peratus susulan bon korporat lebih tinggi - BNM

Gabenor BNM menyatakan permintaan pembiayaan PKS kekal menggalakkan dan pinjaman isi rumah stabil.  Foto Bernama
Gabenor BNM menyatakan permintaan pembiayaan PKS kekal menggalakkan dan pinjaman isi rumah stabil. Foto Bernama
A
A
A

KREDIT kepada sektor swasta bukan kewangan meningkat sebanyak 5.5 peratus pada suku pertama 2025 berbanding 5.2 peratus bagi tempoh sama 2024 berikutan pertumbuhan mampan pinjaman terkumpul dan bon korporat lebih tinggi.

Ketika mengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2025 hari ini, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata pinjaman perniagaan terkumpul berkembang sebanyak 4.8 peratus (suku keempat 2024: 5.1 peratus) dengan pertumbuhan lebih tinggi dalam pinjaman modal kerja.

Selain itu, beliau berkata permintaan pembiayaan kekal menggalakkan, terutama dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan tahap permohonan yang mampan merentasi tujuan pinjaman.

"Pinjaman isi rumah meningkat sebanyak 6.0 peratus (suku keempat 2024: 5.9 peratus) berikutan pertumbuhan pinjaman yang secara amnya stabil bagi kebanyakan tujuan pinjaman,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!