'Superman' dicekup tiada lesen memandu, gagal pakai topi keledar

Tindakan berani seorang remaja lelaki berusia 17 tahun melakukan aksi 'superman' serta beberapa kali mengangkat tayar hadapan semasa menunggang motosikal membawa padah apabila dicekup polis dalam Ops Motosikal di Jalan Pauh Sembilan-Wakaf Zin, Tawang, di Bachok pada Khamis. (Gambar kecil: Mohamad Ismail Jamaluddin)

A
A
A

BACHOK – Aksi berani seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang melakukan gaya ‘superman’ dan beberapa kali mengangkat tayar hadapan ketika menunggang motosikal mengundang padah apabila dia ditahan polis dalam Ops Motosikal di Jalan Pauh Sembilan-Wakaf Zin, Tawang, di sini pada Khamis.

Lebih memburukkan keadaan, remaja terbabit yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 juga didapati tidak memiliki lesen memandu serta tidak memakai topi keledar.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, ujian air kencing mendapati remaja berkenaan negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.

“Remaja ini merupakan antara tangkapan dalam Ops Motosikal yang dijalankan di jajahan ini.

Sepanjang operasi, sebanyak 45 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, manakala sembilan motosikal disita,” katanya kepada Sinar Harian, pada Jumaat.

Sepanjang operasi itu sebanyak 45 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, sembilan buah motosikal disita dan remaja yang ditahan disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sepanjang operasi itu sebanyak 45 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, sembilan buah motosikal disita dan remaja yang ditahan disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kes remaja terbabit disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan.

Mohamad Ismail turut meminta ibu bapa dan penjaga supaya lebih peka terhadap pergerakan anak-anak, terutamanya jika mereka menunggang motosikal walaupun belum cukup umur.

Artikel Berkaitan:

“Tindakan seperti ini bukan sahaja membahayakan diri, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!