Misteri bunyi aneh terbongkar, ular sawa 'tumpang' atas siling rumah

Ular yang ditangkap itu adalah spesies Python Reticulatus yang tidak berbisa, namun tetap berbahaya kepada manusia jika dibelit. Foto Agensi
Ular yang ditangkap itu adalah spesies Python Reticulatus yang tidak berbisa, namun tetap berbahaya kepada manusia jika dibelit. Foto Agensi
A
A
A

BANYUMAS - Misteri bunyi aneh di atas siling sebuah rumah akhirnya terbongkar selepas struktur itu runtuh ketika mereka sedang nyenyak tidur pada Khamis.

Pemilik sebuah rumah di Perumahan Puri Teluk, Kecamatan Purwokerto Selatan, Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah terkejut selepas mendapati objek yang turut jatuh ketika runtuhan itu adalah dua ekor ular sawa sepanjang lebih 2.5 meter.

Fredy menjelaskan dia sering terdengar bunyi pelik sejak setahun lalu.

"Pada mulanya, saya sangka mungkin bunyi tikus kerana terdapat kebun di sebelah rumah ini," lapor Tribunbanyumas.com memetik kenyataannya.

Rupa-rupanya bunyi misteri itu adalah sepasang ular sawa yang 'menumpang' di atap rumahnya.

Sementara itu, jurucakap Unit Pelaksana Teknis (UPT) Damkar Banyumas, Andaru Budilaksono berkata, mereka percaya reptilia tersebut sudah lama bersarang.

"Kami turut menemui longgokan daun kering yang mungkin dijadikan tempat untuk ular itu bertelur," jelasnya.

Menurutnya, operasi menangkap reptilia itu pada mulanya berdepan kesukaran setelah kedua-duanya cuba menyelinap keluar daripada sisa runtuhan siling berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Seluruh proses berjalan lancar tanpa ada mangsa termasuk petugas kami yang cedera," ujarnya.

Difahamkan, ular yang ditangkap itu adalah spesies Python Reticulatus yang tidak berbisa, namun tetap berbahaya kepada manusia jika dibelit. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!