Simpan, lepas ular sawa tertakluk di bawah Akta 716

Abdul Kadir
Abdul Kadir
A
A
A

SHAH ALAM - Ular sawa merupakan spesies hidupan liar dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, mana-mana orang yang berhasrat untuk menyimpan spesies tersebut perlu mendapatkan lesen menyimpan daripada jabatan itu.

Beliau berkata, pemegang lesen menyimpan adalah tertakluk untuk mematuhi syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan.

"Ini termasuklah apa-apa aktiviti berkaitan seperti pelepasan semula hidupan liar yang memerlukan kebenaran daripada pegawai pelesenan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Kata beliau, individu yang menyimpan dan melepaskan hidupan liar tanpa lesen yang sah adalah melakukan satu kesalahan di bawah Akta 716.

Tegas beliau, sekiranya didapati melakukan perkara tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.

Penahanan kedua-dua lelaki tempatan itu susulan kes tular berkaitan pelepasan ular sawa di dalam longkang di Jalan Persiaran Putra Permai, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!