Amaran kepada anggota salah guna kuasa di sempadan

Mohd Yusoff (kirI) menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai semasa Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu pada Khamis.
Mohd Yusoff (kirI) menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai semasa Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau salah guna kuasa dalam kalangan anggotanya yang bertugas menjaga sempadan selepas menerima beberapa aduan berkaitan perkara tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, aduan tersebut diterima sejak tahun lalu dan proses siasatan sedang dijalankan ketika ini.

"Memang ada yang membuat aduan berkenaan sikap anggota agensi yang menjaga sempadan menyalahgunakan kuasa mereka.

"Saya ingatkan kepada mereka yang berkenaan agar jangan terlibat dan bersubahat. Tidak kiralah dalam aktiviti penyeludupun sama ada lembu, dadah mahupun senjata api," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.

Ujarnya, Polis Kelantan tidak akan berkompromi dengan isu tersebut kerana ia melibatkan keselamatan dan kedaulatan dua negara.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan bahawa ada anggota agensi mengawal sempadan menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyokong aktiviti penyeludupan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!