Polis Kelantan dedah hampir 20 laluan haram seludup lembu di Jeli, Rantau Panjang

Sungai yang cetek dan laluan sempit membudahkan penyeludup membawa masuk lembu secara haram.
Sungai yang cetek dan laluan sempit membudahkan penyeludup membawa masuk lembu secara haram.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan mendedahkan terdapat hampir 20 laluan haram di sekitar Jeli dan Rantau Panjang yang digunakan sindiket penyeludupan untuk membawa masuk lembu secara haram ke negara ini melalui Sungai Golok.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kawasan terbabit dikenal pasti mempunyai struktur muka bumi yang memudahkan aktiviti jenayah tersebut dilakukan.

“Laluan-laluan itu terletak di lokasi air sungai yang cetek serta kawasan sempit, sekali gus membolehkan penyeludup membawa masuk lembu dengan lebih mudah dan pantas,” katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Sebelum itu beliau merasmikan Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.

Menurut beliau, untuk tahun 2025 bermula Januari hingga April sebanyak 299 ekor lembu dan 19 kerbau berjaya dirampas dan angkanya meningkat jika dibandingkan sepanjang tahun 2024 hanya 390 lembu dan kerbau (25).

Ujarnya, dalam tempoh empat bulan nilai rampasan mencecah RM2.5 juta berbanding sepanjang tahun lalu dari Januari hingga Disember hanya RM3 juta.

Mohd Yusoff memberitahu, Pasukan Gerakan Am (PGA) kekal sebagai penyumbang utama kejayaan dengan 95 peratus daripada keseluruhan lembu yang dirampas.

"Ia diikuti oleh ATM (Angkatan Tentera Malaysia), Polis dan PPM (Pasukan Polis Marin).

Artikel Berkaitan:

"Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan Polis Kelantan bersama agensi keselamatan lain dalam mengekang aktiviti penyeludupan rentas sempadan," katanya.

Menurut beliau, pihaknya akan terus memperkukuh risikan, rondaan dan kerjasama antara agensi demi menjaga keselamatan negara dan memastikan aktiviti penyeludupan dapat dibanteras sepenuhnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!