Siti Jamumall, suami cerai kali kedua dalam live TikTok

Lafaz cerai itu dibuat ketika pasangan pempengaruh tersebut sedang bersiaran di TikTok.
Lafaz cerai itu dibuat ketika pasangan pempengaruh tersebut sedang bersiaran di TikTok.
A
A
A

SHAH ALAM – Pasangan pempengaruh, Siti Jamumall dan suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus, bercerai buat kali kedua awal pagi tadi.

Lafaz cerai tersebut dibuat secara langsung menerusi siaran TikTok di akaun @Sitijamumall sehingga menjadi tular di media sosial.

Menerusi perkongsian semula di TikTok @Aiyang.co, Khairul Aiman melafazkan cerai sebanyak tiga kali sebelum siaran tersebut dihentikan secara mengejut.

"Siti Suriani binti Wahiddin, aku ceraikan kau dengan talak dua. See you in court (jumpa di mahkamah),” katanya dalam video berkenaan.

Terdahulu, rakaman menunjukkan pertengkaran antara pasangan terbabit sebelum lafaz talak diucapkan.

Selepas lafaz tersebut, Siti Jamumall kelihatan terkejut dan sebak, sebelum ditenangkan oleh dua individu lain yang berada bersamanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa pasangan berkenaan pernah bercerai dan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu.

Namun, mereka kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz cerai pertama dibuat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!