Harga beras putih diselaras, kerajaan perlu laksana pemantauan rapi

KPKM mengumumkan penyelarasan harga Beras Putih Import (BPI) diselaraskan kepada RM2,600 per tan metrik di semua pintu gudang Bernas di seluruh negara, berkuat kuasa Khamis ini. Gambar hiasan
KPKM mengumumkan penyelarasan harga Beras Putih Import (BPI) diselaraskan kepada RM2,600 per tan metrik di semua pintu gudang Bernas di seluruh negara, berkuat kuasa Khamis ini. Gambar hiasan
A
A
A

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengumumkan penyelarasan harga Beras Putih Import (BPI) diselaraskan kepada RM2,600 per tan metrik di semua pintu gudang Padiberas Nasional Berhad (Bernas) di seluruh negara, berkuat kuasa Khamis ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan berkata, tindakan tersebut merupakan pelarasan kali kedua selepas penurunan harga pada 1 Disember tahun lalu daripada RM3,000 kepada RM2,800 per metrik tan.

Langkah berkenaan dilihat sebagai kesinambungan usaha kerajaan menstabilkan harga makanan ruji negara di tengah cabaran ekonomi semasa.

Pelaksanaan harga baharu itu dijangka memberi penjimatan ketara kepada pengguna, dengan pengurangan antara RM2 hingga RM3 bagi setiap kampit beras 10 kilogram di pasaran runcit.

Selain pengguna, sektor peruncitan dan makanan seperti restoran serta pengusaha katering

Namun begitu, kerajaan turut memberi jaminan bahawa keseimbangan akan dikekalkan supaya pengilang, pemborong dan pengedar tidak menanggung kerugian berlebihan yang boleh menjejaskan rantaian bekalan.

Menurut Mohamad, KPKM akan terus memantau perkembangan pasaran dan memastikan dasar-dasar yang digariskan kekal berpaksikan kepentingan rakyat dan keterjaminan makanan negara.

Tentunya, penguatkuasaan pemantauan harga turut dipertingkatkan agar tiada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga runcit tanpa justifikasi munasabah.

Artikel Berkaitan:

Dijangka berita mengenai penurunan harga beras itu akan disambut baik oleh semua pihak termasuk rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun, inisiatif tersebut hanya langkah permulaan. Kerajaan perlu memainkan peranan melaksanakan pemantauan rapi di peringkat pengedaran dan peruncitan supaya harga sebenar sampai kepada pengguna akhir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!