X

Kindly register in order to view this article
!

Lantikan jawatan berasaskan politik 'mudah retak'

Dr Suhaimee Sahar
A
A

KOTA BHARU - Perkembangan politik negara ketika ini memberi pengajaran kepada mana-mana kerajaan supaya menempatkan individu selayaknya bagi mengisi apa-apa jawatan untuk memastikan urusan dijalankan secara telus tanpa sebarang prejudis atau campur tangan politik.

Pemerhati politik, Dr Suhaimee Sahar berkata, isu peletakan beberapa jawatan penting melibatkan lantikan politik memberikan signal bahawa jawatan tersebut sebenarnya 'mudah retak'.

Menurutnya, keadaan itu boleh dilihat apabila berlakunya peralihan kuasa politik, sekali gus kedudukan individu berdasarkan lantikan politik itu juga boleh tergugat.

"Beberapa matlamat asal yang diperjuangkan mereka ini sebenarnya mempunyai kepentingan politik tertentu bagi memastikan agenda politik usang boleh dicapai bagi memberi laluan kepada bentuk politik baharu yang tidak diterima rakyat secara keseluruhan.

"Selama ini, sistem dan institusi yang kita dukung mempunyai kedudukan yang tinggi dan dihormati tetapi apabila lantikan-lantikan ini dibuat (secara politik), ia seolah-olah amalan sistem sedia ada dalam negara ini mengalami kecelaruan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, dalam mendepani ragam politik terkini, mata dan hati rakyat sedang menilai dan mengadili secara langsung setiap pelantikan yang dibuat.

"Ini bagi memastikan dalam menjalankan urusan dan amanah yang diberikan, perjalanan pentadbiran dapat dijalankan dengan lebih efisien dan dijauhi daripada sebarang keraguan dan persepsi negatif rakyat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus