Malaysia zahir kebimbangan perkembangan politik di Tunisia

Zambry
Zambry
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia menzahirkan kebimbangan serta kegusaran terhadap perkembangan mutakhir politik di Tunisia, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, Malaysia mengikuti secara dekat perkembangan semasa di negara berkenaan termasuk penahanan beberapa individu utama, antaranya pemimpin Ennahda, Rached Ghannouchi dan bekas Speaker Dewan Perwakilan, Rached Ghannouchi.

"Meskipun ia merupakan isu dalaman sesebuah negara, namun Malaysia tetap prihatin terhadap perkembangan politik terkini di negara ini.

"Melihat kepada tahap kesihatan dan umur beliau, kami berharap agar pertimbangan khas dan belas ihsan diberikan kepada Rached Ghannouchi di bulan Ramadan yang mulia ini,” kata Zambry dalam satu kenyataan, hari ini.

Malaysia berharap perdamaian dan konsensus nasional akan menjadi jalan ke arah membawa kemajuan dan kemakmuran bagi rakyat Tunisia, katanya.

"Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Tunisia dan rakyatnya,” menurut kenyataan itu. - Bernama