Air Terjun Lata Kinjang

A
A
A
Melata dari ketinggian kira-kira 850 meter, air terjun Lata Kinjang yang juga antara tertinggi di Asia Tenggara, membentuk pemandangan ikonik di Lebuhraya Utara-Selatan, bagaikan menggamit pengguna lebuh raya itu agar singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Terletak kira-kira 18 kilometer dari pekan Tapah, air terjun bertingkat ini yang mengalir deras dari puncak Banjaran Titiwangsa, bagaimanapun bukan sekadar menambah keindahan panorama alam, tetapi lebih daripada itu bagi komuniti Orang Asli suku Semai yang mendiami kawasan tersebut sejak hampir seabad lalu. - Foto: Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!