RM7 juta ganti paip baharu, atasi masalah air di Taman Selayang Baru

Anfaal (kanan) bertemu penduduk di Taman Selayang Baru.
Anfaal (kanan) bertemu penduduk di Taman Selayang Baru.
A
A
A

SELAYANG - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merancang penggantian paip baharu sepanjang 6.8 kilometer dengan kos hampir RM7 juta di Taman Selayang Baru di sini.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, penggantian paip baharu itu dijangka selesai sekitar 2026 seterusnya memberi manfaat kepada 800 pemilik rumah.

"Untuk tempoh jangka masa pendek iaitu dalam tempoh dua bulan, kita akan mencari sumber punca air baharu di Bandar Baru Selayang untuk disalurkan kepada penduduk di Taman Selayang Baru.

"Isu tekanan air rendah ini berlaku kerana paip-paip sedia ada adalah paip lama dan kawasan topografi ini juga lebih tinggi menyebabkan saluran (tekanan) air itu terganggu terutamanya di waktu puncak.

"Jadi, apabila tekanan air tidak dapat disalurkan kepada penduduk pada paras yang sepatutnya kita menerima aduan ini," katanya ketika ditemui pemberita di Taman Selayang Baru di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Penolong Naib Presiden 1, Ir Sahlan Sulaiman.

Terdahulu, Anfaal memaklumkan bahawa beliau sedang berurusan dengan pihak Air Selangor mengenai isu tekanan air rendah di Taman Selayang Baru susulan menerima aduan daripada penduduk.

"Jadi saya harap maklumat ini dapat disampaikan kepada rakyat bahawa kita komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat di sini diberikan perhatian," ujarnya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!