Kes Zayn Rayyan: Tinjauan di Apartment Idaman tumpu lokasi kejadian

Hakim dan semua pihak terlibat dalam perbicaraan kes pengabaian dihadapi ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin hari ini, melawat lokasi kejadian kanak-kanak autistik itu ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember 2023. Foto Bernama

A
A
A

PETALING JAYA - Tinjauan mahkamah bersama pihak terlibat dalam kes pengabaian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin tertumpu kepada beberapa lokasi kejadian di sekitar Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Peguam yang mewakili kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan, Ramzani Idris berkata, seramai enam saksi telah dibawa bagi sesi pengecaman lokasi kejadian.

"Bawa saksi kenal pasti lokasi kejadian kerana kita tidak boleh kenal pasti sepenuhnya melalui gambar, jadi kita bawa ke tempat kejadian.

"Saksi awam tunjukkan lokasi pencarian Zayn Rayyan dan juga tempat kanak-kanak bermain di mana tangga yang dikatakan nampak ibu Zayn (iaitu) lokasi terakhir Zayn dilihat oleh saksi,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di apartment itu, pada Khamis.

Terdahulu Hakim Mahkamah Petaling Jaya, saksi dan pihak-pihak terbabit dalam perbicaraan pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang didakwa mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan melawat kawasan persekitaran Apartment Idaman.

Peguam-peguam bagi pihak pembelaan Ramzani Idris dan Haresh Mahadevan ditemubual pemberita ketika melawat lokasi kejadian Zayn Rayyan Abdul Matin ditemukan di Apartment Idaman, Damansara Damai pada Khamis. Foto Bernama

Hakim Dr Syahliza Warnoh yang diiringi polis dilihat memasuki pekarangan apartmen tersebut pada jam 10 pagi.

Ramzani memaklumkan, saksi lain yang turut serta termasuk pihak pendakwaan, jurubahasa serta pegawai perakam mahkamah.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut beliau menjelaskan, tinjauan itu secara khususnya tertumpu kepada kawasan Blok R Apartment Idaman dan kawasan saliran sungai dimana lokasi mayat kanak-kanak itu ditemukan.

Sesi perbicaraan akan bersambung esok dengan keterangan saksi kanak-kanak.

Terdahulu, kesemua mereka dilihat meninggalkan lokasi tinjauan sekitar jam 12.30 tengah hari selepas melakukan tinjauan selama dua jam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!