Bapa tergamak rogol anak sendiri ketika isteri tidur

Seorang lelaki berdepan dengan tindakan undang-undang selepas ditahan polis atas dakwaan merogol anak kandungnya sendiri, ketika isteri sedang tidur. Gambar hiasan
Seorang lelaki berdepan dengan tindakan undang-undang selepas ditahan polis atas dakwaan merogol anak kandungnya sendiri, ketika isteri sedang tidur. Gambar hiasan
A
A
A

LUMAJANG, INDONESIA - Seorang lelaki berdepan dengan tindakan undang-undang selepas ditahan polis atas dakwaan merogol anak kandungnya sendiri, ketika isteri sedang tidur.

Tertuduh berusia 34 tahun itu melakukan perbuatan terkutuk secara berulang kali sejak dua tahun lalu ketika mangsa masih bersekolah rendah.

Menurut laporan Kompas.com pada Sabtu, Ketua Unit Perlindungan Perempuan dan Anak, Darno berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana mendakwa tidak mendapat layanan isteri yang baru pulih daripada sakit berpanjangan.

“Kes ini akhirnya terbongkar apabila mangsa berani tampil membongkarkan kejadian yang menimpanya kepada jiran mereka sebelum membuat aduan pihak polis.

“Sebelum ini, mangsa dilaporkan telah diugut akan dicederakan oleh suspek jika menolak atau menceritakan perbuatan keji itu kepada orang lain,” katanya.

April lalu, pihak polis telah menerima aduan berhubung jenayah seksual yang dilakukan oleh seorang bapa kandung terhadap anaknya namun penahanan masih belum dilakukan atas sebab tiada bukti kukuh.

Bagaimanapun, pada Jumaat suspek telah ditahan polis dan didakwa atas tuduhan merogol kanak-kanak bawah umur selepas didesak penahanannya oleh Darno yang mendakwa perbuatan seksual terhadap golongan itu merupakan satu jenayah tidak bermoral.

Dalam pada itu, mangsa kini mengalami gangguan tidur dan hilang selera makan akibat trauma yang dialaminya.

Artikel Berkaitan:

Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut dan suspek dijangka akan didakwa mengikut undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!