Kemenangan Ketua AMK Tampin dipertikai

Bantahan berhubung kemenangan individu berkenaan telah diserahkan kepada JPP.
Bantahan berhubung kemenangan individu berkenaan telah diserahkan kepada JPP.
A
A
A

TAMPIN - Jika sebelum ini kemenangan Ketua Cabang Jempol dipertikai kerana bertanding ketika masih ahli Parti Pejuang Tanah Air, kini Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Tampin pula didakwa tidak layak diumumkan sebagai pemenang kerana didakwa terlibat dengan kes jenayah.

Lebih kontroversi apabila terdapat seorang pimpinan negeri yang didakwa menggunakan pengaruhnya bagi membolehkan individu berkenaan kekal bertanding meskipun didapati telah hilang kelayakan.

Disebabkan itu ada ahli AMK yang membuat bantahan kemenangan beliau kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tampin, V Raja mengakui adanya bantahan dibuat oleh ahli AMK berhubung keputusan terbabit.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas mengenai dakwaan seorang pimpinan negeri yang menggunakan pengaruhnya bagi membolehkan individu yang didakwa terkait kes jenayah itu kekal bertanding.

"Yang itu saya tak mahu komenlah dan serahkan kepada pihak JPP kerana bantahan telah pun dihantar dan saya difahamkan yang siasatan pun sedang dilakukan.

"Jadi kita tunggu sajalah kerana ia kuasa prerogatif dan budi bicara JPP untuk buat pertimbangan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Ditanya keberadaan individu berkenaan di dalam AMK Cabang Tampin sebelum ini, beliau berkata, pemuda terbabit merupakan pemangku Ketua AMK Cabang itu.

Ujarnya, beliau telah dilantik sebagai pemangku selama tiga tahun selepas ketua cabang yang dipilih sebelum ini meletakkan jawatan.

Artikel Berkaitan:

"Jadi pada pemilihan kali ini beliau menawarkan diri sebagai Ketua AKM Cabang sebelum diumumkan menang tanpa bertanding.

"Tapi yang saya pelik kenapa apabila dia menang barulah ada pertikaian sedangkan waktu pemilihan tempoh hari tiada calon lain pun yang mahu tawarkan diri," katanya yang juga enggan mengulas mengenai dakwaan terkait kes jenayah itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!