Equinix kembang kemudahan pusat data, wujudkan ekosistem rentas sempadan

Pusat data Equinix, KL1 International Business Exchange (IBX). Gambar kecil: Tat Inn
Pusat data Equinix, KL1 International Business Exchange (IBX). Gambar kecil: Tat Inn
A
A
A

SYARIKAT infrastruktur digital dunia, Equinix Inc (Equinix) telah menyempurnakan fasa kedua pusat data miliknya, KL1 International Business Exchange (IBX) di Kuala Lumpur pada Rabu.

Pengarah Urusan Equinix Malaysia, Cheam Tat Inn berkata, pembangunan yang menambah 450 buah kabinet di pusat data KL1 itu adalah bagi memenuhi kenaikan permintaan infrastruktur digital di seluruh negara.

Ujar Tat Inn, Equinix telah menghubungkan pusat datanya di Malaysia iaitu KL1 dan JH1 IBX dengan kampus sedia ada di Singapura melalui Equinix Fabric.

Menurutnya, langkah itu bertujuan mewujudkan sebuah ekosistem digital merentasi sempadan yang mencakupi 1,000 buah syarikat perkhidmatan awan dan rangkaian, IT, dan perkhidmatan kewangan di seluruh rantau.

Pusat data Equinix, KL1 International Business Exchange (IBX).
Pusat data Equinix, KL1 International Business Exchange (IBX).

“Sejak tahun lalu, momentum memang menggalakkan, dengan kedua-dua pusat data di Kuala Lumpur dan Johor, kami terus meraih perhatian kalangan syarikat tempatan dan antarabangsa.

“Penyempurnaan fasa kedua KL1 dalam tahun pertama operasi kami mempamerkan komitmen tinggi Equinix untuk membantu Malaysia menjadi lokasi strategik dalam ekonomi digital rantau ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kata Tat Inn, sejurus Equinix berkembang ke Indonesia, Filipina dan Thailand, ia akan memudahkan pertukaran antara syarikat perniagaan serta membolehkan pengerahan tugasan pelbagai bidang di rantau ASEAN.

Ujar beliau, pembangunan Equinix di Malaysia merupakan komitmen pelaburan jangka panjang dalam pertumbuhan digital negara.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, dengan peningkatan permintaan di Kuala Lumpur dan Johor, Equinix kekal fokus dalam memperkasakan syarikat perniagaan dengan infrastruktur bertaraf tinggi, berdaya kembang serta mampan.

“Dengan perhatian kepada ASEAN oleh syarikat perniagaan di serata dunia untuk meneroka peluang pasaran, pertumbuhan rantau ini bergantung kepada infrastruktur yang utuh dan saling terhubung bagi memenuhi permintaan keterhubungan digital yang kian meningkat,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!