Wakil Pas mungkin dilantik Timbalan Speaker DUN Johor: MB

Najib
Najib
A
A
A

JOHOR BAHRU- Wakil tunggal Pas iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir, Najib Lep berkemungkinan dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, peranan ADUN atau wakil rakyat tidak terhad sebagai exco kerajaan negeri sahaja sebaliknya khidmat mereka dalam ruang lebih luas diperlukan bagi melancarkan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.

"Timbalan Speaker akan dilantik dalam kalangan ADUN, Insya-ALLAH akan dilantik dalam kalangan wakil rakyat Pas," katanya pada sidang akhbar selepas lantikan barisan Exco kerajaan negeri baharu di Saujana Johor Bahru pagi tadi.

Ditanya mengenai penangguhan sidang DUN yang sepatutnya bersidang pada 5 Mac ini, Hasni berkata, penangguhan itu dibenarkan melalui undang- undang tubuh negeri Johor.

Katanya, tempoh penangguhan itu akan memberi lebih masa untuk memantapkan barisan Exco kerajaan negeri yang baharu untuk mencari persefahaman dan melihat isu-isu berbangkit dan perkara yang menjadi tumpuan rakyat.

Artikel Berkaitan: