PKR Perak minta ahli keluar parti tunjuk bukti

Mohd Azlan (dua dari kanan) menunjukkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengerusi PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sebelum ini mengenai tindakan ahli PKR Perak keluar parti beramai-ramai.
Mohd Azlan (dua dari kanan) menunjukkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengerusi PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sebelum ini mengenai tindakan ahli PKR Perak keluar parti beramai-ramai.
A
A
A

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menggesa mana-mana ahli dan pemimpin yang keluar parti menunjukkan bukti keahlian bagi memudahkan tindakan diambil.

Setiausahanya, Mohd Azlan Helmi berkata, pada dasarnya, parti tidak ada halangan untuk mana-mana ahli atau pemimpin untuk keluar dan membawa haluan masing-masing.

Beliau berkata, namun sehingga kini pada sidang media yang diadakan beramai-ramai sebelum ini hanya memperlihatkan 10 hingga 15 orang individu dikenalpasti sebagai ahli parti.

"Berdasarkan gambar, kita kenal pasti dalam 10 hingga 15 orang sahaja dan yang lain kita tak pernah nampak. Kita hanya lakukan tindakan berdasarkan gambar yang ada.

"Saya nak mohon kepada pihak yang nak keluar parti seharusnya membekalkan senarai nama dan juga nombor keanggotaan keahlian. Kalau tak ada kedua-dua maklumat ini sesiapa sahaja boleh berdiri di belakang logo PKR dan mengaku ahli PKR," katanya kepada pemberita selepas ditemui di Pejabat PKR Perak di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli PKR Perak keluar parti 'berjemaah'

Hadir sama pada sidang media itu, Naib Pengerusi PKR Perak, Mohd Anuar Zakaria; Bendahari PKR Perak, Muzaffar Shah Khairuddin dan Ketua Penerangan PKR Perak, Raja Azam Shah Raja Omar Ikram.

Sementara itu, Mohd Azlan berkata, nama-nama ahli dan pemimpin PKR Perak yang keluar parti dihantar ke ibu pejabat parti untuk diambil tindakan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, sehingga kini tiada seorang ketua cabang PKR di Perak yang keluar parti, sebaliknya 24 ketua cabang di negeri ini kekal bersama menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 2 Mac lalu, kira-kira 400 ahli PKR daripada 24 cabang di Perak mengumumkan keluar parti hari ini.

Wakil ahli tersebut, Id Azalan Shah Banyamin berkata, keputusan itu dibuat sebagai membantah pemecatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin daripada parti tu.