Pegawai KDN antara ditahan kes rasuah percepat urusan warganegara

SPRM
SPRM
A
A
A

PUTRAJAYA – Dua pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta seorang individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi khas pada Rabu

Ketiga-tiga individu terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan kes rasuah melibatkan urusan mempercepatkan permohonan pengesahan taraf warganegara (PTW).

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM menerusi kenyataan memaklumkan, operasi itu dijalankan antara jam 1.00 petang hingga 5.00 petang sebagai lanjutan daripada Op Outlander yang dilaksanakan baru-baru ini.

"Kesemua yang ditahan sedang dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, pihak KDN telah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam menjalankan siasatan.

Kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!