Akaun media sosial palsu guna nama Kesultanan Pahang dikesan

KUANTAN - Orang ramai diminta agar tidak terpedaya dengan kewujudan akaun palsu di platform media sosial menggunakan nama Kesultanan Pahang.
Kesultanan Pahang melalui kenyataan di Facebooknya menjelaskan, sebarang aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang.
Menurutnya, hanya satu akaun sah Kesultanan Pahang di platform Facebook yang kini memiliki kira-kira 716,000 pengikut.
"Pihak istana turut menerima aduan mengenai kewujudan akaun palsu yang digunakan 'scammer' untuk menipu orang ramai dengan meminta nombor akaun bank mangsa.
"Antaranya taktik penyamarannya mengakui sebagai Pengurus Akaun Bank Kesultanan Pahang dan mendakwa boleh memindahkan sejumlah wang dengan meminta maklumat akaun bank mangsa," jelas kenyataan itu lagi.
Justeru katanya, orang ramai diminta lebih berhati-hati dengan kegiatan jenayah berselindung di sebalik akaun palsu yang diwujudkan bagi mengelirukan rakyat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

